Sunday, January 30, 2011

Politik Kerja

Sudah lama bersawang blog ku nih...sajer aku menggerakkan diri nih untuk mengarang sesuatu di dalam blog yang tiada pengunjung...supaya aku boleh merenung kembali apa yang telah berlaku...

Lately...banyak perkara atau lebih tepat ujian yang melanda diriku...yang menyedarkanku siapa itu sahabat, siapa itu lawan dan siapa gunting dalam lipatan.... perkara ini juga mengajar ku tentang politik kerja...yang rupanya...semakin lama bekerja, semakin kuat politik kerja yang akan berlaku....Serangan-serangan begini sanggup dilakukan untuk menjatuhkan maruah, reputasi dan kerjaya seseorang....Bila perasaan dengki dan cemburu telah bertakhta di hati...hilanglah segala kebaikan yang ada...buanglah segala kopiah di kepala, tudung labuh yang menutup aurat, ikatan saudara yang lama terjalin dan sahabat yang dulunya makan sepinggan dan tidor sebantal...

Status ustaz, ketua, sahabat dan saudara....semua diletakkan ke tepi...semata-mata....kerana niat di hati..memang lah...untuk melakukan sesuatu kerja mestilah kerana niat...tetapi kalau niat itu BUSUK, KOTOR seperti sampah, bangkai???? Buanglah segala status yang dipegang itu....

Aku kenal siapa mereka yang telah melakukan perkara2 "MULIA" ini....mereka diagungkan di tempat kerja, janji manis ditabur, perangai umpama wali, kata2 umpama imam besar di Mekah, perwatakan umpama ulama'......walhal......engkau tidak jujur...engkau tidak amanah dengan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di dunia, sebagai guru dan sebagai saudara sesama islam...segala penilaian dan perbuatan yang dilakukan adalah berdasarkan nafsu amarah, dengki, cemburu dan dendam....INGAT!!!!Allah akan menghitung ....adilkah kamu sebagai pemimpin???apa yang tersirat di hati...jujurkah kamu????

Secara jujur...aku tidak akan memaafkan sampah-sampah seperti ini...memang tidak layak untuk dilayan sebagai seorang kawan..apatah lagi seorang sahabat...What goes around comes around...kalau perkara ini tidak berlaku balik kepada "Xs" ini....anak kamu, sedara kamu, keturunan kamu akan terima balasan nya...masa tuh...ingatlah apa yang kamu telah lakukan kepada mangsa2 yang lain...

Ambil masa bagiku untuk mempercayai manusia2 durjana ini....walaupun beribu alasan dan airmata sekali pun yang kau berikan...aku takkan percaya....kesannya padaku amat dalam...